Monday 15 December 2014

Pemancing Kini Perlu Ada Lesen Untuk Memancing Tahun 2015



Dikhabarkan pihak Jabatan Perikanan akan mewajibkan kaki pancing untuk mengambil lesen terlebih dahulu sebelum dibenarkan memancing bermula tahun 2015 nanti.

Jabatan Perikanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini dan difahamkan tujuan perlesenan ini dilaksanakan adalah untuk mengawal populasi ikan serta mengelak aktiviti mencari ikan dengan cara yang salah seperti aktiviti bot tunda di perairan cetek.






Objektif utama Perlesenan sukan memancing ini adalah satu usaha untuk menaik taraf sukan reakrasi di lautan dan memastikan populasi spesis ikan dapat dikawal.

Plan dan kajian selama 12 tahun oleh Jabatan Perikanan ini akan diwartakan pada 2015 setelah mendapat kelulusan dari Lembaga perlesenan dan Majlis Perundangan Negara.

Kadar yang dicadangkan dalam perlaksanaan perlesenan ini ialah RM10/ tahun seorang dan setiap pemancing akan dibekalkan satu buku log bagi mengumpulkan maklumat hasil dan tangkapan ikan di lautan.

Peratutan ini telah diwartakan oleh Jabatan Perikanan telah diwartakan sejak 27 November 2014 dan akan dibentangkan pada tahun 2015 untuk mendapat kelulusan sebelum ianya dikuatkuasakan diseluruh negara-

iPhone 7 Bakal Didatangkan Tanpa Bingkai?




Walaupun iPhone 6 dan iPhone 6 plus masih lagi boleh dianggap 'pisang panas' dalam dunia gadget, ura-ura tentang iPhone 7 sudah mula tersebar di internet.

Menurut laporan dari beberapa portal gadget, iPhone 7 akan bertemu dengan peminat pada awal September 2015.

Selain itu, iPhone 7 juga dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan A9 keluaran Samsung.

Tetapi, apa yang paling menarik setakat ini adalah model iPhone ketujuh ini dikatakan akan mempunyai skrin penuh. Ini bermakna iPhone 7 tidak akan mempunyai bingkai seperti model-model sebelumnya.

Ciri tanpa bingkai ini secara automatik akan menambah saiz skrin pada iPhone dari 4.7 inci kepada 5 inci. - Siakapkeli.com.my

Nenek Terkejut Bibik Beri Makan Najis Kepada Cucu 2 Tahun

PETALING JAYA: Bau busuk yang datang dari mulut seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah mendedahkan perbuatan keji seorang bibik dari Indonesia yang memberi makan najis kepada kanak-kanak berkenaan.

Perkara itu terbongkar setelah nenek kepada kanak-kanak tersebut yang juga seorang ahli perniagaan merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila mendapati mulut cucunya dalam keadaan yang busuk ketika dia sampai sebuah rumah dua tingkat di USJ kira-kira jam 8 malam pada Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Subang Jaya , Superintendan Tan Ah Chua berkata nenek kepada kanak-kanak berkenaan mendapati bau busuk itu datang dari mulut cucunya dan terdapat cebisan najis berada diantara gigi-gigi kanak-kanak malang berkenaan.

Setelah disoal mengenai cebisan najis tersebut, kanak-kanak itu mengatakan yang bibiknya telah memberinya makan najis.

"Kanak-kanak tersebut berkata dia telah diberi makan najis di dalam tandas di tingkat atas".

Selain itu nenek kepada kanak-kanak itu juga menyatakan cucunya turut termuntah sesuatu yang berbau busuk seperti najis. Menurut Superintendan Tan, bibik itu sudah berkhidmat selama 3 bulan untuk keluarga berkenaan - Siakapkeli.com.my

Tebusan: Suspek Tuntut Bendera IS, Beri Amaran Empat Bom Dipasang Di Sydney





Pasukan polis khas taktikal mendapatkan salah seorang tebusan yang menyelamatkan diri keluar dari sebuah kafe di pusat daerah perniagaan Sydney yang kini ditawan oleh seorang lelaki bersenjata. Foto AP

SYDNEY: Seorang lelaki bersenjata yang menawan tebusan di sebuah kafe di Sydney pada Isnin mendesak supaya bendera kumpulan Negara Islam (IS) diserahkan kepadanya dan memberi amaran terdapat empat butir bom telah dipasang di sekitar bandar itu, menurut satu laporan.

Channel Ten berkata, ia telah bercakap dengan dua daripada tebusan yang berada di dalam kafe tersebut dan lelaki yang menawan mereka membuat beberapa tuntutan.

"Pasukan #TenNews kami telah bercakap secara terus dengan dua tebusan di dalam kafe... mereka telah mengesahkan dua tuntutan daripada lelaki itu," kata saluran itu di akaun Twitter.

"Dia (lelaki bersenjata) mahu bendera Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) supaya dihantar ke kafe itu, dan tuntutan keduanya adalah mahu bercakap dengan Perdanan Menteri.

"Mereka juga menyatakan bahawa terdapat empat butir bom, dua di dalam kafe Lindt di Martin Place, dan dua lagi di pusat daerah perniagaan (CDB) Sydney. Tiada pengesahan daripada polis," katanya.

Setakat ini, seramai lima orang berjaya menyelamatkan diri keluar dari kafe itu. Mereka terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita.

Polis Australia mengepung ibu negara itu pada Isnin selepas seorang lelaki bersenjata menawan tebusan di sebuah kafe di pusat bandar Sydney dan memaksa mereka untuk bendera dengan tulisan Arab, berikutan kebimbangan terhadap serangan pejuang jihad.

Polis berkata, mereka mengesan terdapat seorang penyerang yang terlibat dalam kafe coklat Lindt di Sydney tetapi kemungkinan jumlah yang terlibat adalah lebih ramai.

Polis, termasuk para pegawai separa tenteta mengepung beberapa blok bangunan di sekitar kafe apabila pihak yang mahu berunding cuba untuk menyelesaikan masalah itu.

Sekumpulan penembak hendap dan Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) membuat kawalan di sekitar kafe dan helikopter polis turut beroperasi membuat pemantauan.

Sekurang-kurangnya lima tebusan telah dibebaskan atau berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian yang berlaku pada pagi Isnin.

Polis berkata, tidak dapat dipastikan berapa ramai lagi tebusan yang masih ditawan di dalam kafe tesebut tetapi bilangannya tidak seramai 30 atau 40 orang seperti yang dilaporkan sebelum ini. -mStar Online

Monday 13 October 2014

Well Hello There...welcome to my world...

Assalamualaikum... :)
Welcome to my blog...mulakan hari anda dengan lafaz Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdullillah. Blog ini akan memaparkan maklumat mengenai bahan-bahan ilmiah serta serta maklumat lain. As a teacher let we shine the special one..Erti sebuah pengorbanan dan disini lahirnya sebuah cinta.(motif??motip sangatttt...)


gambar xde kaitan..hahaha..