KOLEKSI GAMBAR

Ini adalah sebahagian daripada teknologi untuk orang buta atau mereka yang mengalami masalah penglihatan.. Memandangkan saya mengambil pengkhususan masalah penglihatan jadi saya memilih untuk letakkan gambar teknologi berkaitan masalah penglihatan..

Finger Reader

                                                                               
Alat ini membolehkan orang buta membaca seperti individu yang lain. Walaupun dengan cara yang berbeza kerana alat ini dilengkapi dengan kamera dan suara untuk orang buta dengar apa yang di baca it still quite interesting for the blind to help them read without braille writing.



B-Touch Mobile Phone



Tengok orang buta pun ada touch phone untuk mereka.. Tapi kat Malaysia ni tak tau la ada ke tak..kalau ada pun entah mampu di beli atau tak..



Safe and Sanitary Mug


Mug ni for sure lah sangat selamat untuk di pakai mereka yang mengalami masalah penglihatan sebab mug ni boleh bagi tahu pengguna bahawa paras air yang di tuang dah cukup.. hmm hebat bak hang..



Braille-ebook


Cukup sukar bagi individu yang mempunyai masalah penglihatan untuk membawa pelbagai buku-buku yang berat, dengan harga yang mahal tambahan buku braille sememangnya tebal dan besar ianya adalah satu perkara yang menyusahkan mereka. So nah ebook braille...mudah untuk orang buta kerana konsep Braille E-Book, yang dinamik dan dapat berubah corak permukaan dengan isyarat elektromagnet, boleh merevolusikan buku untuk orang buta.



Color Sensor

Tau tak ni apa?? Ni la cara orang buta dapat  mengesan warna dengan hanya menggunakan benda ni.. Teknologi yang canggih ini menggunakan kamera dan akan mengeluarkan bunyi tertentu yang akan membuatkan si pengguna tahu warna apa yang dipegang oleh pengguna..



Feel The Time


Ingat orang tipikal je boleh guna jam?? Kini tidak lagi dengan adanya jam ini orang buta boleh tahu masa dengan tepat kerana jam ini mempunyai dua cakera yang berasingan, masing-masing dengan satu dot timbul kecil - yang melambangkan jam, dan satu untuk minit. Satu patah dalam bulatan luar pada tanda 0:00 bertindak sebagai panduan untuk mendapatkan bacaan yang tepat.


Navigation Bracelet


Ianya kelihatan seperti gelang perhiasan plastik, siapa sangka rupa-rupanya ianya adalah sistem navigasi yang menggunakan GPS, arahan suara dan audio dan maklum balas haptik untuk menyediakan orang buta dengan tahap kebebasan yang selama ini masyarakat katakan musahil. Yanko Design mencatatkan bahawa ia boleh memberi manfaat kepada pengguna dan menjadikan si pemakai cepat dan mudah untuk mengemudi sebuah tempat baru.



Blind Painting Tablet


Ingat korang je ada teblet?? Orang buta pun ada tau cume bezanya ianya menggunakan tenaga haba dan roda warna tangan untuk mencipta karya-karya seni. Roda warna juga boleh menangkap warna sebenar dari persekitaran pengguna dan menghantarnya ke tablet. Denngan penggunaan tablet ini orang buta boleh melukis dan menghasilkan karya seni yang menakjubkan tanpa perlu rasa sebenar warna.  


Le Chal

Dicipta oleh individu 24 tahun Anirudh Sharma dari India, Le Chal, atau "membawa saya bersama-sama" dalam bahasa Hindi, menggunakan sensor dijahit ke dalam tapak untuk memberi  data maklumat kepada  telefon pintar yang disambungkan melalui Bluetooth.


Perkins Brailler


Tak lain tak bukan iaitu mesin Perkins Brailler ini membantu pengguna menaip huruf cuma dalam bentuk tulisan braille la.. Saya dah pernah gunakannya dan ianya sangat berat jika hendak di bawa berjalan.. Kirany ni laptop orang buta cuma bezanya ianya tersangat berat.. Ada sape-sape nak cipta mesin yang lagi ringan tak?? huhuhu..

No comments:

Post a Comment